Thursday, 24 November 2011

smooth

hmmmm knapa aku rasa macam ni ya...aku rasa rindu  pula dengan kawan aku yang seorang tu...hehhehhe,tapi bukan dia saja ada lagi seorang aku rindu,nak cal dia tapi takut dia tengah sibuk pula,sebab time sebelum cuti sekolah dia ada ditawarkan kerja oleh salah seorang guru untuk buat kerja2 pembangunan di sekolah...rasa nak pula ajak dia berjumpa...tapi apa agenda aku nak jumpa.
    yang satu tu pula entah la aku tak tahu dia di mana di rumah dia saja mungkinlah atau dia pergi ikut ibu dia pergi bercuti,di mana aku pun tak tahu..hehheh,nantilah kalau balik sekolah jumpa jua dia tu...
      hmmmmmmmmmm...nak tahu tak semala aku ada rasa happy sangat la,sebab pertama aku dapat contectlagi sahabat aku yang dah lama dah lost contect dengan dia,sekadar bertanya khabar saja...sebab dia busykan hehhe...dia perlu mengulang kaji pelajaran sebab dia nak ada exam,jadi tak boleh la aku ganggu dia...emmmm,nnatilah kalau,tunggu beberapa hari lagi baru aku akan cal dia lagi kalu aku dapat la hehheh...
       dan semalam pun,tepat pukul 12am...hehhehhe,aku buat surprise birthday wish pada sahabat aku,tapi tak telalu menjadi sebab dia dah macam tahu2 tahu saja aku nak buat surprise dengan dia...dia sambut calling aku dengan bahasa inggeris lagi hehhehe...
       rasa nya cuti ni aku nak buat sesuatu tapi aku tak tahu nak buat apa kalau aku seorang ...sebab aku plan nak tunggu sahabat aku yang seorang tu balik dulu...baru la best kalau dia ada,baru la suasana menjadi meriah...

Wednesday, 23 November 2011

insan rakan,kawan,sahabat,dan teman

ada sesuatu yang saya nak kongsikan dengan kamu semua. tapi sebelum tu saya nak tanya la dulu:
adakah kamu mengenali siapa kawan kamu dengan sebaik-baiknya?...adakah kawan kamu itu memperlakukan kamu dengan baik?...adakah kawan kamu itu sentiasa bersama kamu walaupun susah ataupun senang?...
bila seorang kawan itu cakap sesuatu dengan DIA yang bunyinya agak2 macam janji,tapi malangnya kawan tu tak buatpun apa yang dicakapkan tu malah sebaliknya kawan itu buat dengan sahabatnya,iaitu kawan yang lebih rapat daripada seorang kawan biasa,dan DIA yang mendengar semua perkataan tu hanya menanti dan bersabar sahaja deagan kawannya itu dan akhirnya indah khabar dari rupa,apa yang kawan itu katakan hanya suatu perkataan sahaja dan bukan lah suatu perancangan...
tinggallah seperti debu yang ada di tepi pantai dan di tiup dengan angin bayu...tapi sehingga kini DIA menantikan semuanya perkataannya yang didengarnya menjadi nyata...tapi selalu sahaja dia melihat semua perucapan kawannya di lakukan berasama sahabatnya(best friend in the world) ataupun temannya teristimewanya macam tulah katakan kan..
DIA sedar,dirinya hanyalah setakat kawan2 biasa saja,tapi dari air mata dan riakasi wajah dia sperti ingin sekali dianggap sepertimana kawan dia bersama sahabatnya,dan adakala yang Dia terasa tersisih la dari tu....tapi yang peliknya tu,bila mereka gaduh,atau best friend mereka tiada dengan mereka,Dia juga yang mereka cari dan bila mereka dah baik semula,atau kawan mereka dah balik dari perantauan DIA di biarkan begitu sahaja...macam bola pula kan?,bila orang nak mereka ambil bola tu.tapi bila orang dah tak nak mereka tendang sahaja,dan bola tu akan terus berguling sehinggalah berhenti di suatu tempat,dan hanya menunggu nasib sama ada akan di ambil semula atau di biarkan terus di tempat bola itu berhenti sehinggalah bola itu rosak dan lesap dari pandangan...

Monday, 21 November 2011

kejar ia....

pernah tak ada orang yang bertanyakan soalan yang bunyi nya agak pelik bila dengar seseorang tanyakan anda soalan ni:
  • apakah tujuan hidup anda?...
  • pernahkah anda berasa hampa apabila segala apa yang anda rancang selama ini gagal?...
  • apakah yang anda akan lakukan seandainya ada kawan atau teman teristimewa anda menghalang anda untuk anda mengejar semua impian anda selama ini?...
  • adakah anda sanggup meniggalkan semua impian anda demi menuruti kehendak keluarga anda?...
  • adakah anda sanggup bekorban untuk impian anda?...
  • ada kah anda seorang yang memilih pasangan?...
bagi aku,macam mana ya?..yalah dunia ni sempit kan,jadi apa yang aku boleh katakan,aku akan tinggalkan apa yang tidak pasti,berusaha untuk sesuatu parkara yang aku yakin ianya pasti,dan aku akan  kecapi segala apa yang aku impikan dan aku akan pastikan ianya dia restui oleh keluarga aku..kerna aku hanya yakin pada diri aku..pasangan tu aku hanya mampu berusaha dan dan bertawakal,dan berharap dapat seseorang yang boleh menjaga aku,bukan untuk menghancurkan hidup aku...hheheh,tapi lama lagi nak fikir tentang tu,ya aku baru 17 tahun kan...my family pun minta aku fokus pada pelajaran je buat masa ni,kerana mereka tahu apa yang aku inginkan dan Alhamdulillah impian aku direstui oleh mereka...

    Tuesday, 15 November 2011

    selamat jalan kawan....selamat pulang sahabat...

    hmmmmm...dalam bulan ni,ada dua subjek yang aku nak kongsi dengan kamuorang...pertama,dalam bulan ni ada kawan2 aku nak jalan pergi 'U' dekat sabah dan juga sarawak,aku harap dapat jumpa mereka lagi may after habis study,heheh,dan juga dalam bulan ni juga ada kawan2 aku naka balik,pulang kampung la kata kan...sahabat aku yang jauh tu akan balik hujung bulan ni,kwn aku yang berada di selangor pula sama la hujung bulan tapi dia awal sikit dari sahabat aku yang ada di saaaaaaaana jauh,dan kawan aku pula yang berada di pinang akan sampai hari sabtu ni,heheh,dia ckap lepas dia balik ni dia nak bawa aku pergi makan burger hehheh.. oya,bulan depan bulan december kan,sedih la juga sebab ada sahabat aku nak jalan pergi piliteknik kota kinabalu...memang la setakat KK ja kan orang cakap dekat saja pun..tapi aku sekarang pun dah terasa kesedihan untuk membiarkan dia pergi...yalah selama 13 tahun kami bersahabat kami tak pernah pisah,kami selalu bersama...walaupun tempat tinggal kami berjauhan tapi kami tetap bersahabat...sampai orang yang nampak hubungan kamipun orang cakap kami dah macam adik beradik...hehheh...aku tahu sama ada hati aku kuat untuk melihat dia pergi atau tidak...tapi sesungguhnya jauh di lubuk hati aku,aku tak sanggup membiarkan dia pergi...yalah setakat KK,tapi time dia nak jalan tu yang buat aku sedih,kami tak sempat nak seleberate b'day kami sama2...walaupun dia banyak buat aku sakit hati,tapi dia tetap sahabat aku....hehheheh,macm mana aku nak jelaskan ya...sorry la aku tak dapat nak jelaskan la..biar la hanya tuhan dan aku sahaja yang tahu apa yang aku rasa kan...tapi apa2 pun aku akan tetap mendoakan kejayaannya...dan semoga persahabatan kami untuk selamanya..

    Sunday, 13 November 2011

    si kecil...

    yang aku tahu nama dia, Nur Alia Qasrina...dia anak pada salah seorang guru aku di form two dulu...masa aku jumpa dia dia sangatlah periang dan senang sangat bila nak dekat dengan dia...tapi apa yang best dengan dia,bila ada orang dekat dengan dia dia panggil 'mama' ataupun 'papa',kena ajar juga suruh panggil kakak atau abang tapi tetap juga dia nak panggil mama papa...hehheh...sampai aku pun dia panggil mama...tak kisah la...ow ya kalau dia bercakp aku langsung tak faham,biasalah bahasa budak2 kan..kalau aku tak silap umur dia sekitar 2 atau 3 tahun gitu la...perkataan dia yang aku faham 'nak air','naik','meow','mama','papa'...hehheh,dan apa yang buat aku hairan semua perkataan ni sampai sekarang masih teriyang2 di telinga aku...aku nak sangat dapat jumpa dengan dia lagi,tapi munkin masa tu dia dah lupa dengan aku...
    oya lupa pula,aku jumpa dengan Alia masa ada kenduri aidil adha dekat sekolah aku..hheh,time tu mak dia kan sibuk nak bantu cikgu2 yang lain masak,jadi aku ingat nak sapa kenal2 dengan dia jap,sementara aku tiada keja nak buat,tapi tiba2 Alia minta kena dukung dengan aku,jadi akupun dukung la dia...dan mak dia(cikgu shima) minta aku bawa Alia jalan2 sebab cikgu shima nak buat kerja..hehhe,masa aku bawa dia jalan2 tu asal dia nampak kereta,dia nak turun,jadi akupun turunkanlah dia,aku ingat dia nak buat apa.dia pergi dekat kereta yang dia nampak tu dia cuba nak buka sambil dia cakap 'naik'...hehheh,aku cuba halang dia,aku angkat dia semula,aku bawa dia pergi cari kereta mak dia(cikgu shima)tapi malangnya,aku dah lupa2 ingat dah kereta cikgu shima...dan cikgu shima suruh aku bawa alia pergi surau sebab alia dah macam mengantuk sesangat...masa aku tengah solat dia di jaga oleh bebudak ting.5...lepas aku habis solat dia dah hillang dah,bila aku tanya,mereka dah kembalikan dengan mak dia dah...
    hehheh..entah lah rindu la pula dengan budak Alia ni...sebab dia sangat comel...
    hheheh...

    Friday, 11 November 2011

    kenduri II

    emmmm...8hb,hari kedua kenduri di sekolah...hari ni tu kenduri akikah saja tuk anak2 guru yang baru lahir...akikah,aku ingatkan ada acara gunting rambut...tingin juga nak rasa gunting rambut baby tym akikah...tapi tak da la pula setakat kenduri saja..hehehhe,selepas keduri tu baru aku perasaan tangan aku banyak luka sebab tekena pisau,aku sedar tym aku ambil air sembahayang jari jemari aku terasa sakit lah yang teramat sangat.,bila aku tengok...ya Allah jari aku bedarah..aku basuh terpaksa tahan sakit nak nangis juga time aku cuci darah di jari aku yang terhiris pisau tu...yalah pedih kan..
    hehehh..tym kenduri tu kami lauk kami satu ja...iaitu,daging,tapi kena masak bermacam jenis la...yang aku suka sangat lauk time tu daging masak gulai...hehheh...kalau ada lagi tahun depan comfirm aku datang heheheh....

    Monday, 7 November 2011

    kenduri...

    hari ni kita orang ada kenduri kat skul...hehehhe..kenduri aidladha...dalam kenduri tu 3 ekor lembu kena korbankan nangis juga aku tengok meka tu sebelum kena sembelih tapi apa boleh buatkan nama pun raya korban dan 3 ekor lembu tu adlah binatang korban jadi terima ja la...aku pergi ke kenduri tu guna baju kurung tapi bila aku sampai sana hanya 2,3 orang ja yang paki baju kurung...adei kalau aku tahu dari awal aku guna ja seluar trek dan t-shirt terus terang ja susah juga nak gerak tadi guna baju kurung...
    yalah nama pun kenduri kan pakai baju kurung lah,heheheh...oya tadi tym aku sampai sahaja di sekolah aku lihat umair hehheh...uinah semangatnya dia kerjakan daging2 lembu tuu...pandai juga dia pegang parang hehheh...tapi dia balik awal sangat...lepas dia siapkan daging2 dia dia terus saja pulang tangan kosong lagi tu...dia x bawa pun daging...aku sampai petang,sampai habis acara kami kerja cuci pinggan,best juga lah tapi penat walaupun masih muda kan tapi ada juga had utk tenaga kerja kan...esok nak p lagi ada majlis kenduri akikah...