Thursday 25 August 2011

hahhahah....

owhhhh...dorang delate aku...
hehheehh, tak kisah....
bukannya aku nak sangat join dorang tu...
hehheh.lantak dorang nak buat apa...itu dorang punya pasal...
because my llife is just for me...
dorang lebih suka buat kemungkaran yang penting mereka happy...

Wednesday 24 August 2011

open your eyes...

baru dorang tau rasanya kena sindir dari belakang...
macm ja aku tak tau semua nama samaran dan ejekan yang dorang sibuk cerita kan tu....
aku peduli apa....
sebenarnya aku x salah,tapi mereka yang salah...
aku buat perkataan yang orang boleh fikir benda lain mereka yng ertikan perkataan tu sebagai benda lain...
dan suka hati aku lah nak buat style cmna yg satu tu nak sibuk apa kes...peduli apa aku yg penting aku tahu apa yang aku buat...
jangan nak sibuk dengan urusan aku..urus urusan kamu sendiri....
DO YOU UNDERSTAND...

Monday 1 August 2011

4 januari barmulalah alkisah kelas Efektif bagi sesi 2009 ditingkatan 4…pelajar-pelajar baru dalam kelas itu nampaknya tak perlu  mengambil masa yang panjang untuk menjadi rakan sekelas yang rukun…meskipun ada juga pelajar yang nakal masuk ke kelas tersebut,tapi pelajar-pelajar yang lain kelihatan sudah bersedia untuk menghadapi apa jua kenakalan yang mereka lakukan nanti…
 Guru tingkatan 4 Efektif  masuk ke kelas bagi pertama kali untuk meninjau keadaan dalam kelas…Pada awalnya,para pelajar takut juga dengan guru kelas mereka kerana mukanya yang kelihatan agak garang dan serius…Tapi setelah mereka berkenalan dan bersembang dengan dia ,barulah mereka tahu siapa sebenarnya insan yang dipanggil cikgu Aziz atau nama sebenarnya ialah Che Aziz Jaafar,dia taklah seperti yang dilihat dari luarannya…Cikgu Aziz bukanya seorang guru yang garang tapi dia adalah seorang guru kelas yang kelakar dan mesra dengan pelajar-pelajarnya…Selepas bersuai kenal,cikgu Aziz memulakan perlantikan ketua dan penolong ketua kelas…Beberapa orang pelajar mencadangkan pelajar yang ada potensi untuk memegang jawatan yang tersebut…Setelah undian di buat,keputusan  menyatakan bahawa pelajar yang bernama Maxius Musa dilantik sebagai ketua kelas manakala pelajar yang bernama Intan Haris dipilih sebagai penolong ketua kelas 4 Efektif…
Beberapa hari  kemudian,cikgu Aziz masuk ke kelas untuk memulakan pembelajaran pertamanya dengan pelajar-pelajar 4 Efektif…setelah cikgu Aziz selesai mengajar,dia memberitahu pelajar-pelajar 4 Efektif  kalau dia ingin melantik pelajar yang bernama Christine Jonal sebagai penolong ketua kelas menggantikan Intan Haris…Cikgu Aziz juga memutuskan Intan Haris untuk menjadi  bendahari bagi kelas 4Efektif…Kelihatannya ada pelajar tidak puas hati dengan keputusan yang telah dibuat oleh cikgu Aziz…Pelajar yang tidak puas hati tu kebanyakkannya adalah kawan-kawan Intan Haris…Manakala pelajar-pelajar yang lain menerima keputusan cikgu Aziz…Intan Haris akur dengan keputusan yang cikgu Aziz buat..
Hari demi hari ada saja guru yang masuk ke kelas Efektif dan mengajar para pelajar yang ada di kelas tersebut…tidak sampai sebulan,PNP di kelas Efektif berjalan sepenuhnya…bermacam-macam karenah yang ada dalam kelas tersebut boleh dikatakan,karenah mereka berubah dengan dengan sekelip mata…lain guru,lainlah juga perangai yang mereka tunjukkan…tambahan lagi ada dua orang budak lelaki yang nakal dan perangai meraka menjadi-jadi,iatu zulkifli dan jay…mereka sering membuat para pelajar tak senang duduk…Mereka suka sangat mengganggu tak kisahlah ada atau tiada guru di dalam kelas ketika itu…Tapi, ada kalanya, kenakalan mereka  membuat sekelas tergelak…kadang kala cikgupun ikut gelak…selain mereka berdua, ada juga seorang pelajar perempuan bernama Seri Murni jaumi yang awalnya,dia nampak skema,dan menyanangkan…itu bagi pelajar yang baru mengenali dia,tapi,kata pelajar yang telah lama mengenalinya,kelakuan yang dia tunjukkan pada pelajar-pelajar yang lain bukanlah perangai dia yang sebenarnya…ada yang percaya dan ada juga tidak percaya…Kerana Seri Murni seorang yang bijak mengatur langkah untuk mengaburi mata mangsa sikap hipokritnya…Tidak lama kemudian,sikap sebenar murni makin teserlah,dan pelajar mula mempercayai kata-kata kawan lama kepada Seri Murni… tapi di balik sikap jahat mereka betiga pasti ada satu kebaikan yang terpendam dalam diri mereka tapi mereka saja yang tak ahu nak serlahkan...sebelum ujian semester pertama ,Jay membritahu rakan-rakannya terutama Zulkifli bahawa dia akan berpindah ke sekolah lain…ramai yang gembira denga berita itu,tapi pada masa yang sama,orang yang rapat dengan Jay sedih apabila mendengar berita tersebut…Seri Murni nampak saja suka tapi tepancar di air mukanya kalau sebenarnya sedih tentang berita perpindahan  Jay…                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                       bukan setakat Jay saja,ada lagi beberapa orang budak yang seperangai dengan Jay akan pindah bersama-samanya iaitu Hazwan dan beberapa orang lagi dari kelas lain…selepas pemergian Jay,ingatkan Zulkifli akan berubah,tapi ternyata ada atau tiadainsane yang bernama Jay tu,perangai dia eta juga sama malah dia juga sudah berani melawan dan meninggikan suara pada guru mata pelajaran yang dia tidak minat iaitu pendidikan seni visual..perangai Zulkifli sentiasa menjadi topiq utama perbualan guru-guru yang masuk ke kelas 4Efektif…walaubaaimanapun cikgu Aziz tidak ambil kisah dengan perbualan guru-guru tersebut…
selepas ujian semester pertama,seorang lagi pelajar bernama Nursazwanie mengucapkan selamat tinggal ada kawan-kawannya di kelas 4 Efektif…pada awalnya kawan-kawan Nursyawanie terfikir ada sesuatu yang telah berlakunya apabila dia masuk ke kelas dengan air mata…kawan lama Nursyazwanie,Mudalipah iaitu kawan  dari sekolah rendah lagi kelihatan kelihatan begitu sedih.Walhal,dia baru sahaja bercadang ingin memperbaiki hubungan mereka yang tidak begitu rapat…hal ini berlaku apabila nursyazwanie mula rapat dengan rakan kelasnya…apalagi sejak Nursyazwanie tinggal di asrama,hubungan mereka bertambah renggang...musdalipah telah melakukan egala macam cara untuk mengembalikan persahabatan mereka seoerti dahulu…tapi Nursyazwanie tidak menunjukkan tanda-tanda kalau dua ingan kembali kepada Musdalipah sebagai sahabatnya seperti dahulu…Musdalipah kelihatan sedih kerana tak berpeluang untukmewujudkan hasratnya itu…tidak lama kemudian,ketua kelas 4Efektif tidak hadir-hadir ke sekolah…ada yang ckp dia berhenti sekolah dan ada juga yang menyatakan kalau dia dah pindah sekolah…ketiadaan maxius menyebabkan Christine Jonal menggantikan tempatnya,tapi pada masa yang sama,Chistine jonal juga kekal dengan  jawatannya yang dulu,dalam kelasEfektif, dialah ketua,dialah penolong…guru-gurupun jadi hairan sampai ada yang mengatakan dua dalam satu.cikgu Aziz pula tak pernah kata apa-apa untuk melantik penolang ketua kelas yang baru,jika Christine Jonal tak hadir,dan kebetulan ada panggilan ketua dan penolong ketua kelas ketika itu,sesiapa yang suka rela boleh pergi…hampir genap dua bulan Nursyazwanie pergi,kelas Efektif kedatangan pelajar baru bernama Fatimah Lasin dan dia duduk di tempat Nursyazwanie yang kosong ,katanya dari sekolah kuala lumpur…pada hari pertama Fatimah di kelas tersebut,Musdalipah duduk disebelah Fatimah dan bersembang dengan Fatimah waktu rehat…dalam masa 20 minit sahaja Fatimah dan Musdalipah besembang mereka dah jadi kawan…tapi itu baru permulaan,tiada siapa yang tahu siapa yang tahu apa yang  akan jadi pada hari esok…ternyata benar,Fatimah rapat dengan Musdalipah taklah lama sangat apabila Fatimah menemui kawan baru yang satu kepala dengannya…dalam sekelip mata sahaja Fatimah boleh rapat dengan Musfirah Jamil dan Noor Azian Jaidin…walaubagaimanapun,Fatimah dan Musdalipah masih kawan tapi setakat kawan-kawan biasa saja…
Seri Murni sepertinya tak berapa senang dengan persahabatan Fatimah dan Musdalipah…lantaran itu dia cuba nak membatu apikan Musdalipah tapi ketika dia membatu apikan Musdalipah,dia membawa nama Jarinah,Ulandari,Nur Sabrina,Amelyn Zynn,Sheerin,danTamisah…dia memberitahu Musdalipah kalau mereka berenam mentertawakan Musdalipah di belakang,kerana Fatimah seolah-olah mempergunakan musdalipah untuk melepaskan kesunyiannya apabila Musfirah dan Noor azian tidak hadir ke sekolah ataupun Noor azian tak hadir dan Musfirah pula sibuk dengan orang atau kerja lain…apa yang kelakarnya tu,apa-apa yang seri Murni katakan semua tak diambil peduli ileh Musdalipah…dia seperti orang dungu yang mendengar nasihat…sebenarnya Musdalipahtak perlu di beritahu mengenai perkara itu…kerana dari awal lagi Musdalipah dah tahu perkara tersebut...
Suatu hari,Seri murni kononnya nak buat baik terhadap Musdalipah,Musdalipah sebernarnya tahu niaat sebenar  Seri Murni tapi dia layan saja tanpa memperlihatkan kecurigaannya kepada Seri Murni…
Sejak kebelakangan ini,Musfirah dan Marfazley marzuki rapat semacam saja satu kelas menyangka bahawa mereka ada hubungan istimewa tapi mereka menafikan jangkaan itu…terutama sekali Musfirah…keakrapan mereka semakin lama semakin mencurigakan…Amelyn dan kawan-kawannya meminta mereka mengaku,tapi tetap jua mereka menafikannya…Walaubagaimanapun,dilihat dari karapatan mereka dapat diramal bahawa suatu hari nanti mereka akan manjalinkan suatu hubungan istimawa suatu hari kelak…
Semakin lama,pelajar-pelajar dalam kelas Efekktif,mennunjukkan belang masing-masing,dan ada juga pelajar yang dah jadi `anak manja’cikgu,seperti Velison Raimie Gairis dalam subjek sejarah(cikgu repin) dan seni(cikgu Helena);Wildey yassin dalam subjek seni(cikgu helena),matematik(cikgu pilye),dan ekonomi(teacher clarissa):Amelyn,Sabrina,ulandari,sheerin subjek  sains(teacher tee):chirstine kesusasteraan melayu(cikgu aziz):marfazley matematik(cikgu pilye):dan Musfirah bahasa inggris(teacher lily)…manakala desas-desus mengatakan bahawa Musdalipah adalah`anak manja’cikgu fadil(bahasa melayu)apabila setiap kali subjek bahasa nelayu Musdalipah paling menyerlah ditambah lagi cikgu fadil sering memuji hasil kerjanya.selain itu,dia juga menjadi anak manja teacher clarissa…dia dan wildey sentiasa berkongsi ilmu dalam subjek ekonomi.jika ada kemusykilan,mereka bersama-sama merujuk pada teacher clarissa…Wildey dan musdalipah sentiasa memberikan komitmen yang baik pada teacher clarissa…apabila result peperiksaan ekonomi keluar ada yang tak puas hati dan berkata yang bukan-bukan…ada yang kata,teacher clarissa pilih kasih,dan ada juga yang berkata kalau mereka meniru…suara-suara sumbang itu buat teacher clarissa terasa hati,dan dia mula mencuba memanjakan pula pelajar pelajar yang lain,tapi Wildey dan Musdalipah tetap menjadi anak manja teacher clarissa…dalam percubaan teacher clarissa untuk memanjakan pelajar pelajar lain,ada juga yang Berjaya,tapi pelajar seperti zulkifli,mohd azmi dan pelajar yang sama perangai dangan mereka sukar untuk teacher clarissa manjakan kerana sikap mereka sentiasa  buat teacher clarissa sakit hati…Seri murni macam biasalah,semakin kerap pula dia mengganggu Musdalipah ketika PNP dijalankan…dia juga masih belum berhenti untuk menghasut Musdalipah untuk tidak berkawan dengan Fatimah…dia seperti meninginkan Musdalipah menjadi `anak buah’nya untuk meanti Fatimah…Seri murni sering memberitahu Musdalipah kalau orang yang paling dia benci di dunia ini adalah Fatimah tapi Musdalipah buat bodoh saja bila Seri murni beritahu dia...
Selepas kembali dari bercuti semester pertama,keadaan kelas Efektif dan kelas-kelas yang lain berubah depan jadi belakang,dan belakang jadi depan…bukan setakat itu saja,guru yang mengajar dalam subjek bahasa inggris(teacher lily)dan sains(teacher tee) diganti dengan guru-guru praktikal dari UMS…bagi bahasa inggris,bernama Badri Bayani dan para pelajar memanggilnya Sir Badri…manakala sains pula,bernama Stephen Issac para pelajar memanggilnya Sir Stephen…mereka berdua merupakan guru praktikal selama 3 bulan untuk mengajar pelajar-pelajar di kelas Efektif dan juga kelas-kelas lain yang mereka di tugaskan…pada awalnya mereka berdua kelihatan garang…sebagai bukti yang mereka ini kelihatan garang pada awalnya,Sir Stephen pernah tunjukkan riaksi wajah yang orang tengah marah pada pelajar-pelajar kelas Efektif,iaitu semasa dia masuk bagi menggantikkan Cikgu Helena yang tidak dapat masuk ke kelas kerana ada meeting di luar…masa tu Sir Stephen meminta para pelajar di kelasEfektif  mencari kertas lukisan untuk mengisi masa Pendidikan Seni Visual dengan melukis apa sahaja yang mereka suka,pelajar-pelajar yang lain sudah mendapat kertas lukisan masing-masing tapi Musdalipah belum dapat-dapat lagi Musdalipah ingatkan Sir Stephen seorang yang indipenden…oleh kerana dia tidak mendapatkan kertas lukisan,dia cuba biarkan mejanya kosong tanpa kertas lukisan…tib-tiba Sir Stephen keluarkan amaran jika sesiapa yang tidak mendapatkan kertas lukisan dalam masa 10 minit dia akan denda pelajar itu,Musdalipah terasa kalau hanya meja dia  sahaja yang tidak terdapat kertas lukisan,Musdalipah mula rasa marah dengan Sir Stephen,dia melihat ke arah Nur Sabrina,Musdalipah pergi ke tempat Nur Sabrina yang mempunyai buku lukisan untuk meminta sehelai kertas lukisan daripadanya…selepas dia mendapatkan kertas lukisan, Musdalipah melihat kearah Sir Stephen,tiada senyuman yang Musdalipah lihat dari wajah Sir Stephen,Musdalipah mula tidak menyukai Sir Stephen seolah-olah dia akan anti dengan Sir Stephen…selepas itu,setiap kali kelas sains,Sir Stephen sedang mengajar di hadapan,Musdalipah main di di belakanng…Sir Badri pula,dari pertama kali dia masuk,sudah mula menunjukkan kegarangannya pada pelajar-pelajar di kelas Efektif…tapi lama-kelamaan Sir Stephen dan Sir Badri menunjukkan kebaikkan mereka pada pelajar-pelajar 5 Efektif,Musdalipahpun mula baik dan mesra dengan mereka…tidak sampai sebulan lebih mereka mengajar di kelas Efektif,Musdalipah mula berani bermain dengan mereka,setiap kali Sir Stephen dan Sir Badri mengajar,Musdalipah ada saja buat benda lain,main dengan penlah,kerusilah,buang-buang penlah atau benda-benda lain kalau dia kena marahpun dia tak mengendahkan amarah Sir Stephen dan Sir Badri…Sir Badri pernah mendenda Musdalipah di depan rakan-rakannya tapi mungkin denda setakat ketuk ketampi tu sangat ringan bagi Musdalipah selepas di denda,dia masih juga dengan tabiat yang dah menjadi hebitnya…lama kelamaan sir Badri dan Sir Stephen mamahami Musdalipah dan mereka terima sahaja apa yang Musdalipah lakukan dalam kelas ataupun ketika PNP  Sains dan Bahasa Inggris dijalankan…Musdalipah juga merupakan pelajar yang paling rapat dengan mereka…tapi dengan kerapatan Musdalipah dengan mereka ada pula suara-suara sumbang di belakang Musdalipah,yang mengatakan apa saja Musdalipah buat atau main hanya untuk mendapatkan perhatian Sir Stephen dan Sir Badri…terutama sekali,dalam kumpulan Intan iaitu Zulkifli,Firdaus,Jumriati,Ramnizam,Noor Azmi,Mohd Azmi,dan yang paling  tidak suka tingkah laku dengan Musdalipah adalah Hervina...Hervina juga mengaku kalau dia ada hati terhadap Sir Badri…walaupun dia tak cakap dia cemburu Musdalipah dekat dengan Sir Badri,tapi dilihat dari cara dia melayan Musdalipah,Nampak sangat kalau Hervina cemburu dengan Musdalipah kerana dia rapat dengan Sir Badri…tapi tak pasti sangat kalau Hervina betul-betul ada perasaan istimewa terhadap Sir Badri…
Setelah Sir Badri dan Sir Stephen habis praktikal dan kembali semula ke UMS,guru-guru asal masuk semula dan keadaan ketika itu teramatlah kelihatan akan perbezaannya…tapi nampak gayanya para pelajar lebih suka belajar bersama guru asal mereka,dengan guru-guru praktikalpun sama juga akan tetapi,ada satu saja keburukan atau kelemahan yang dapat dilihat ketika para pelajar Efektif di lepaskan pada dua guru praktikal mereka,iaitu,mereka kelihatan lebih main daripada belajar…
Peperiksaan penggal ke-2 telah tiba,para pelajar Efektif rajin nampak rajin berusaha untuk mendapatkan markah yang baik dalam pepriksaan mereka…tapi tak tahulah apa nak di katakan lagi…sebabada juga pelajar yang disebut ‘fotocopy’lebih-lebih lagipada pelajar-pelajar yang nakal tu lah,meniru fuhh boleh dikatakan tera juga lah…tapi ada seorang pelajar yang menarik perhatian semua bila meniru,dia memang pandailah pasang strategi untuk meniru dalam exam ni bila keluar result mamng orang akan hairan kalau dia dapat markah yang tinggi kerana palajar tu kelihatannya bukannya pernah jawab jawapan exam dengan betul dia Cuma tahu meniru saja…
Pada hari terakhir di sekolah sebelum semua pelajar S.M.K.GUNSANAD becuti panjang,guru kelas 4Efekti masuk ke kelas dan memberi sedikit nasihat pada pelajar-pelajarnya untuk mempersiapkan diri bagi menduduki peperiksaan awam S.P.M pada tingkatan 5 nanti…kesedihan perpisahan terpancar apabila guru kelas 4 efektif keluar dari kelas…sebelum pulang,ada juga sebilangan pelajar-pelajar ke bilik guru untuk mengucapakan selamat bercuti pada guru mereka…ada yang sampai mengalirkan air mata kerna hendak berpisah dengan guru-guru kesayangan mereka,walhal mereka tahu kalau mereka dapat berjumpa lagi pada tahun yang akan datang,bagi pelajar yang akan melanjutkan tingkatan 5,bagi pelajar yang bakal menduduki peperiksaan awam sedia maklum lah…

SEKIAN SAHAJA ALKISAH 4 EFEKTI INSYAALLAH JIKA ADA REZEKI PANJANG UMUR KITA JUMPA LAGI DALAM ALKISAH 5 EFEKTIF…SEKIAN SMILE ALWAYS AND MOVE FORWARD…







Alkisah di kelas Efektif disambug lagi untuk tahun 2010 dalam tingkatan 5…tahun baru,perangaipun ada yang berubah dan ragam budak-budak di kelas Efektif untuk tahun ini,pasti ada  makin menjadi-jadi…hari pertama sekolah,pelajar-pelajar Efektif mengalami kesukaran untuk masuk ke kelas mereka kerana,pintu utama terkunci…ditambah lagi,kunci untuk pintu pagar mareka tidak ditamui…lantaran itu, mereka terpaksa masuk ke kelas dengan mengikuti pintu kelas sebelah untuk masuk ke kelas mereka menggunakan pintu belakang kelas mereka...apabila kawan-kawan dah lama tak jumpa,apalagi,hebohlah jawabnya…keadaan kelas pada ketika itu yang amatlah heboh…bising sangat bagaikkan di pasar ikan…mereka heboh bukan apa,mereka heboh sebab sibuk becerita dengan kawan-kawan mereka yang lama tak jumpa,banyak bendalah yang mereka ceritakan…paling heboh lagi apabila mereka bercerita tentang pengalaman mereka semasa cuti 2 bulan mereka…selain itu,ada juga yang membersihkan kelas,seperti Christine,Tamisah,Sheerin,Ulandari,dan Nur Sabrina…di hari pertama juga pelajar-pelajar di kelas Efektif mendapat tahu kalau untuk tahun ini,Teacher Tee di umumkan sebagai guru Tingkatan 5 Efektif…dia masuk ke kelas Efektif untuk berikan jadual waktu saja selepas itu dia keluar semula lantas kami menyambung semula membersihkan kelas…akhir pada hari hujung minggu pertama,Hervinatelah berjaya membuka pintu tersebut dengan caranya tesendiri...Hervina mengambil masa yang boleh dikatakan lama juga untuk membuka pintu tersebut…awalnya,rakan-rakan Hervina tidak yakin bahawa Hervina dapet membuka pintu itu hanya dengan menggunakan sekeping daun terup,kotak,dan tak disangka pula Hervina ada membawa `art knife’ benda tersebut merupakan benda yang terakhir digunakan olehya dan dengan benda itu jugalah dia berjaya membuka pintu pagar kelas Efektif...
Semiggu kemudian,Cikgu Aziz masuk ke kelas Efektif,dia memberitahu kepada semua pelajar bahawa dia kekal menjadi guru tingkatan untuk 5 Efektif…tapi,untuk tahun ini dia akan mengajar dalam bahasa melayu...manakala Teacher Tee pula akan mengajar dalam subjek Sains …selepas Cikgu Aziz keluar,ada lagi guru yang masuk,guru yang tidak pernah masuk ke kelas Efektif ketika di tingkatan 4…guru tersebut meminta pelajar-pelajar memperkenalkan diri mereka…bagi sesi ini,adalah sesi yang paling tidak disukai oleh Musfirah dan Musdalipah…walaubagaimanapun,mereka berdua tidak dapat mengelak daripada sesi suai kenal bersama guru tersebut…Musdalipah terkejut apabila dia di minta untuk menjadi pelajar pertama mamperkanalkan dirinya…selepas itu,dia seperti berat untuk berdiri memperkenalkan dirinya kerana Musdalipah paling tak suka dan boleh jadi kekok apabila dia menjadi yang pertama diumumkan untuk melakukan sesuatu tidak kira apa saja perkara diminta dia lakukan darah gemuruh dia pasti akan menyerang…tapi nasib baiklah dia tak tesangkut,selepas itu,Musdalipah tak selamat lagi kerana guru tu sempat bertanyakan apa maksud nama `MUSDALIPAH’…Musdalipah tidak dapat menjawabnya,lantas guru tersebut memberitahu Musdalipah dan rakan-rakannya yang lain bahawa `musdalipah’ bermaksud `unta padang pasir’…semua pelajar tingkatan 5Efektif tertawa manakala Musdalipah hanya tersengih dan  riaksi wajahnya berubah tapi, tak Nampak marahpun,Cuma apa yang ketara dilihat di riaksi wajahnya adalah suatu kerisauan...apa yang dirisaukanya pun tak tahu…apabila tiba giliran Musfirah untuk memperkenalkan dirinya pada guru tersebut,Musfirah becakap laju sangat sehinggakan,guru tersebut mengibaratkan cara Musfirah becakap seperti gear kereta…`pakai gear berapa,tukar pergi gear satu laju sangat awak cakap,susah nak tangkap’…para pelajar tertawa apabila mendengar guru tersebut mengungkapkan perkataan berikut pada Musfirah…lantas Musfirah memperlahankan sikit suaranya,tapi riaksi wajahnya seolah dia tersinggung dengan kata-kata guru tersebut...setelah semua pelajar sudah memperkenalkan diri masing-masing,tibalah giliran guru itu pula yang memperkenalkan dirinya…dia bukan setakat memberitahu namanya,malah dia juga turut memberitahu latar belakang keluarganya dan maksud `KARIHAH’ nama guru tersebut…setelah itu,locengpun berbunyi,Cikgu Karihah keluar dari kelas Efektif,manakala pelajar-pelajar yang belum keluar,heboh dengan maksud nama Musdalipah yang Cikgu Karihah cakapkan...tapi Musdalipah tak tersinggung sedikitpun malah dia turut bermain dengan mereka…
Beberapa hari kemudian,seorang lagi guru lelaki yang baru bagi para pelajar tingkatan 5Efektif masuk ke kelas mereka…guru tersebut bernama Mohammad Yahya Siman dan hanya di kenali sebagai Cikgu Yahya…dia akan mengajar tingkatan 5 Efektif dalam mata pelajaran Sejarah…di hari pertama Cikgu yahya masuk kelas 5Efektif,dia tidak mengajar,kerana di hari pertama dia hanya memberitahu peraturanya ketika dan sepanjang dia mengajar…peraturannya senang saja,para pelajar di kehendaki membawa buku sejarah setiap kali waktu sejarah,dan buku hendaklah dihantar apabila diminta…tapi siapa yang tidak mengikuti peraturan Cikgu Yahya,kenalah dia…pada awalnya Cikgu Yahya memang Nampak tegas,tapi,sebaik sahaja dia mula mengajar di waktu pada hari  yang lain,barulah para pelajar selesa dengan Cikgu Yahya…rupa-rupanya Cikgu Yahya seorang yang pandai berlawak dan boleh diajak begurau dan bermain…para pelajar sering juga bergurau dengan cikgu Yahya…pelajar yang kerap bergurau dengan cikgu Yahya,Mohd Azri…boleh dikatakan mereka ni satu kepala la juga,setiap kali Cikgu Yahya berlawak,Mohd Azri yang sambung…pengajaran Cikgu Yahya,seolah berkonsepkan 2 dalam 1 iaitu,berseronok dan tetawa sambil belajar…senang nak tangkap dengan cara cikgu Yahya  mengajarkerana dia betul-betul menyeronokkan...tambahan lagi dia pandai mereka cerita untuk bab yang dia ajar setiap kali dia masuk  kelasdan cerita  yang direkanya itu,membuatkan para pelajar tingkatan 5Efektif  mamahami bab yang di ajarnya…
Nampaknya,tahun ini, semua guru yang mengajar pelajar-pelajar di tingkatan 4Efektif kecuali 2 orang guru yang baru di kelas Efektif Cikgu Yahya(Sejarah) dan Cikgu Karihah(kesusasteraan Melayu),menyambung pengajaran mereka untuk tahun ini…mereka ialah;Cikgu Aziz(guru kelas …Bahasa Melayu),Teacher Lily(Bahasa Inggris),Teacher Tee(Sains dan Pendikan moral:pendikan moral 5Efektif begabung dengan pelajar yang beragama Kristian dari 5Delton),Sir Pilye(matematik),Cikgu Helena(Pendidikan seni visual),Teacher Clarissa(Ekonomi Asas),Ustaza Nooarafidah(Agama Islam:bergabung dengan pelajar Agama islam 5Delton) Cikgu Asnidah(Pendidikan Jasmani dan Kesihatan:untuk pelajar perempuan bercampur dengan pelajar perempuan dari kelas 5Delton),Cikgu Tahriem(sivik dan Pendidikan jasmani;lelaki tingkatan 5Efektif begabung dengan lelaki tingkatan 5Delton)…senaglah sikit para pelajar untuk menerima pengajaran daripada guru yang mereka dah biasa…
Alkisah diteruskan dengan perangai Zulkifli yang terkenal dengan tema perangainya iaitu suka menyakitkan hati para pelajar dan guru-guru…pada suatu hari,Teacher Clarissa sedang sibuk mengajar mengajar di hadapan,Zulkifli pula sibuk bercakap di belakang,seorangpun tak tahu sama ada Zulkifli mengajukkan apa yang Teacher Clarissa cakap,atau dia bercakap pada diri sendiri ataupun dia bercerita dengan Firdaus di belakang,tapi kalau dia betul becerita dengan Firdaus,timbul tanda tanya sebab Firdaus tak memperdulikan Zulkifli,malah Firdaus juga sibuk menumpukan perhatian pada mata pelajaran Teacher Clarissa…jadi kesimpulan yang dapat di buat, Zulkifli Mengajuk semula kata-kata Teacher Clarissa tapi dalam dia mengajuk itu,dia seolah tidak suka Teacher Clarissa mengajar atau dalam bahasa kasarnya dia mengejik Teacher Clarissa…buktinya,sudah berkali-kali Teacher Clarissa meminta Zulkifli diam agar dia dapat terus mengajar tanpa ganguan,malah,Teacher Clarissa ada juga meminta Zulkifli keluar dari kelas tapi Zulkifli tetap sahaja melawan.disebabkan perangai Zulkifli,para pelajar yang lain tidak dapat mengikuti pengajaran Teacher Clarissa pada hari tersebut di sebabkan Teacher clarissa merajuk dan dia hanya membiarkan kami belajar sendiri.sementara itu,Teacher Clarissa duduk membuat kerjanya di meja guru sampailah habis masa Ekonomi Asas.apabila Teacher Clarissa keluar dari kelas,beberapa orang pelajar bising memperkatakan kelakuan Zulkifli semasa kelas Ekonomi Asas…suasana dalam kelas berubah apabila Teacher Lily masuk…syukur ketika Teacher Lily sedang mengajarZulkifli tidak buat perangai dari mula Teacher Lily mengajar hinggalah habis kelas…
Beberapa bulan kemudian,jadual waktu belajar telah di perbaharui bukan setakat jadual sahaja,malah guru yang mengajarpun ada sedikit perubahan…dalam jadual baru tersebut,Cikgu Karihah tidak mengajar untuk tingkatan 5Efektif lagi…manakala Cikgu Aziz pula kembali pada asal…dia kembali mengajar tingkatan 5Efektif dalam mata pelajaran Kesusasteraan Melayu…bagi mata pelajaran Bahasa Melayu pula,akan di ganti oleh Cikgu Ducy…Cikgu Ducy merupakan guru yang dulunya mengajar pada sesi petang dan dipindahkan ke sesi pagi…cara Cikgu Ducy mengajar memang mudah difahami di tambah lagi dia seorang guru yang peramah...
Semakin hari  rasa kesian pula  pada Velison Reimie kerana selau sahaja didekati oleh Seri Murni…Musdalipah dan Fatimah pernah bertanya kepadanya;adakah dia selesa didekati terus oleh Seri Murni,lantas Velison menjawab seolah-olah dia melepaskan semuanya yang ada dalam hatinya pada Fatimah dan Musdalipah…dia juga sempat bertanya;bagaiman nak jauhkan diri daripada Seri Murni,kerana sudah tidak tahan dengan sikap Seri Murni yang bercakap tak pandai berhenti bising sangat sehinggakan Velison reimie rasa tergganggu dengan kehadiran Seri Murni yang selalu duduk disebelahnya…kalau dia tanya tentang pelajaranpun,diterangkan atau diajar 1000 kalipun belum tentu dia akan faham…adalah pada suatu hari tu,Velison Reimie  dah tak tahan dengan Seri Murni lalu dia pergi duduk disebelah Tamisah…nampak sangat kalau Velison Reimie berharap Seri Murni tidak ikut dia duduk di dekat Tamisah,tapi nak kata Seri Murni ni ada hati dengan Velison Reimie dia nafikan,pelik jugalah insan yang bernama Seri Murni ni,walau ke mana Velison Reimie pergi dia kejar saja…selepas beberapa hari Velison Reimie boleh rasa lega sikit,sebab, Seri Murni dah kembali ke tempat duduk asalnya iatu di sebelah Musdalipah…tapi di sebabkan dia duduk sebelah Musdalipah,Musdalipah pula yang rasa tergaggu,semasa kelas Teacher Lily,Seri Murni tak pandai nak berhenti bercakap sehingga Musdalipah sukar memberikan tumpuan pada pelajaran Teacher Lily…sempat juga dia meninggikan suaranya kerana tidak tahan dengan sikap Seri Murni…tapi ketika dia meninggikan suaranya tepat dengan ketika Teacher Lily memanggilnya,semua pelajar memandang Musdalipah ketika itu…lantas Teacher Lily meminta Musdalipah sambung bacaan Ramnizam pada teks yang di berikan…Musdalipah Cuma bangun dari bangkunya dan memegang teks tersebut dan hanya mampu terdiam kerana Teacher Lily tidak membenarkan sesiapa memberitahunya di mana Ramnizamberhenti membaca teks tersebut…lalu Musdalipah memandang ke arah Seri Murni…sementara itu,Fatimah yang duduk di belakang Musdalipah senyap-senyap memberitahunya tapi,oleh kerana Musdalipah hanya focus pada teks tersebut dan di tambah lagi dengan amarahya pada Seri Murni dia tak dapat mendengar apa yang Fatimah cuba beritahunya..musfirahpun diam saja …akhirnya Seri Murni sendiri yang memberitahu pada Musdalipahtempat di mana Ramnizam berhenti tadi…lantas dia cuba membaca teks yang Seri Murni tujukkan…selepas itu,Musdalipah di suruh duduk oleh Teacher Lily,setelah itu,Musdalipah diam saja,dalam Musalipah berdiam diri itu,dia terdengar pula suara Seri Murni yang mengharapkan ucapan `terima kasih’ daripada Musdalipah…namun,Musdalipah tidak memperdulikannya dan cuba memberi tumpuaan pada pelajaran Teacher Lily…Musdalipah mula rasa tak sedap hati dengan Teacher Lily…lalu dia secara individu menemui Teacher Lily dan meminta maaf padanya kerana Musdalipah takut kalau Teacher Lily terasa ketika dia meninggikan suaranya di dalam kelas dua hari yang lalu…selepas Velison Reimie,Seri Murni duduk Muhd  Umair semula…sebelum ini Seri Murni ada juga mendekatinya sebelum dia mendekati Velison Reimie…suka sangat Seri Murni mendekati Muhd Umair,bukan setakat Muhd Umair sahaja malahan Marfazley dan Wildey…yang peliknya setiap kali Seri Murni duduk dekat Marfazley dia asyik perhatikan Musfirah…Musfirah perasan juga Seri Murni asyik perhatikan dia…Musdalipah beritahu pada Musfirahagar tidak memperdulikan Seri Murni kerana tujuan Seri Murni memandangya apabila dia duduk dekat Marfazley ada untuk membuat Musfirah  cemburu…perkara ini pernah juga berlaku pada Musdalipah waktu pertama kali Seri Murni duduk dekat muhd Umair tujuannya sama saja iaitu membuat Musdalipah cemburu…tapi ketika itu,Musdalipah buat bodoh saja walaupun dulu Fatimah ada juga cuba buat Musdalipah panas setiap kali Seri Murni duduk di sebelah Muhd Umair…Muhd Umair dan Marfazley tak pernah menujukkan kalau merka tak suka Seri Murni duduk di sebelah mereka,hal ini jelas dilihat ketika mereka mengambil kesempatan ketika Seri Murni keluar dari kelas seketika untuk memenuhkan tempat mereka agar Seri Murni tak dapat duduk…walaubagaimanapun,apabila Seri Murni kembali ke kelas dia seolah-olah tak pandai nak faham dia tetap saja nak duduk dekat mereka…jika Muhd Umair dan Marfazley tak suka,lain pula kalau di lihat pada Wildey,dia malah boleh rapat pula dengan Seri Murni dan buat biasa saja kalau Seri Murni dekat dengan dia…boleh juga budak  Wildey tu tahan dengan Seri Murni…
Mungkin ada yang faham kenapa Zulkifli selalu buat perangai buruknya setiap kali kelas pendidikan Seni Visual,dia selalu sahaja membantah jika di tegur oleh Cik Helena…sikap dia tak ubah dari tahun lepas kalau tak ponteng,dia tidur dalam kelas,cikgu Helana sendiripun dah bosan menegur sikap Zulkifli…tapi dalam membuat Kerja kursus iaitu kertas 3 bagi Pendidikan Seni Visual nak tak nak Cikgu Helena kena juga kembali menegur dan mendesak Zulkifli untuk membuat kerja kursus tersebut…akhirnya segala teguran Cikgu Helena pada Zulkifli berkenaan kerja kursus mendapat sedikit tindak balas daripada Zulkifli…hal ini dapat di lihat apabila Zulkifli membuat kerja kursus tersebut,malahan Zulkifli  juga kelihatan mencuba untuk menghasilkan sebuah produk yang terbaik baginya…sayangnya hanya produk saja baik tapi folioatau laporan proses penghasilan produuk tersebut tidak begitu memuaskan…walaubagaimanapun, pelik juga sebab dia tak terima paggilan daripada Cikgu Helena untuk membuat semula atau mengemaskinikan folionya…tapi mungkin juga dia ada dapat tapi ada yang tak perasan…
Setiap kelas kelas Cikgu Aziz ada saja yang dia buat untuk buat para pelajar tingkatan 5 Efektif gelak...lawak kasar pun ada juga…setiap kali Cikgu Aziz masuk,semua pelajar lelaki bersiap sedia untuk menerima apa saja yang Cikgu aziz lakukan…kebiasaannya Cikgu Aziz memukul para pelajar lelaki mejoritinya semua pelajar lelaki pernah kena pukul olehnya,tapi dalam pelajar lelaki yang kena pukul oleh cikgu Aziz Wildey saja yang jarang kelihatan di pukul oleh Cikgu Aziz …tapi taklah Cikgu Aziz pukul seperti mendera,pukul-pukul manja  saja…adakalanya juga pelajar perempuanpun kena,biasanya yang jadi mangsa Chirtine,dan Tamisah…kalau di fikirkan cara Cikgu Aziz memukul-mukul manja para pelajar tingkatan 5Efektif pelajar perempuan yang paling sakit kalau cikgu Aziz menggunakan rotan tapi kalau Cikgu Aziz setakat gunakan pembaris atau buku,tidak di nafikan pelajar lelaki yang lebih sakit…kerana kebiasaannya cikgu Aziz hanya menggunakan tangan kosong saja untuk pukul pelajar-pelajar lelaki…paling teruk kena apabila pelajar yang kena pukulan manja Cikgu Aziz tu mengelak selain itu,Cikgu Aziz juga berlawak ketika dia mengajar…biasanya dalam mengajar dia suka memutarbalikkan kata yang sedia ada dalam buku teks...tapi di jika di fikirkan secara tersirat,Cikgu Aziz ingin para pelajarnya belajar dan mengigati dan memahami isi kandungan setia cerita yang mereka pelajari dalam buku teks…selain itu juga,mungkin ada yang sedar dan ada yang tak sedar kalau secara tidak langsung,Cikgu Aziz buat pemeriksaan sama ada para pelajar ada atau tidak membaca teks yang di suruh olehnya…bagi pelajar yang ada baca,senanglah mereka kalau Cikgu Aziz memutarbalikkan nota-nota,bagi yang tidak membaca pula,mereka akan ikut saja apa nota yang cikgu Aziz berikan…jika ada pelajar yang menyedari kesilapan nota yang diberikan bagus juga,tapi bagi yang tidak membaca teks,memang bahaya…
Selepas ujian bulan Mac,cikgu Pilye masuk ke kelas seperti biasa,awlya Nampak tenag macam biasa saja,tapi tak di sangka selepas Zulkifli bersuara menayakan markah mtematiknya,sempat juga dia sempat parasan kalau dia lulus,tapi secara tiba-tiba buat pertama kalinya Cikgu Pilye yang selama ini nampak releks saja tiba-tiba meletup dan buat pertama kalinya juga,para pelajar tingkatan 5Efektif dicuci telinga oleh Sir Pilye…guru mana yang tidak marah kalau semua palajar di kelas tingkatan 5Efektif sangat-sangatlah mengecewakan dan mejoritinya semua pelajar gagal dalam subjek Metematik…`macam cikgu Tidak pernah ajar kamu saja’merupakan salah satu perkataan yang diungkapkan oleh  Sir Pilye ketika dia tengah marah…anak-anak manjanya;Wildey dan Marfazley juga turut gagal…tapi Wildey okey juga sikit,dia memperolehi markah 25ke atas manakala Marfazley pula mengalami penurunan yang teruk dalam markah  subjek Matematiknya…tapi dalam ramai-ramai tu hanya Christine dan Tamisah saja belum ambil kertas ujian Metematik…kemarahan Sir Pilye mula reda selepas selesai menyerahkan semula kertas ujian matematik pada tuannya…oleh kerana Christine dan tamisah belum mengambil kertas ujian Matematik,Sir Pilye tak dapat mebincangkan soalan matematik sehingga mereka berdua selesai menggambil kertas ujian Matematik… selepas itu Sir Pilye membenarkan para pelajar untuk melakukan kerja sendiri…dengan lampu hijau yang Sir Pilye berikan,kelas 5Efektif menjadi bising macam di pasar ikan...Christine dan tamisah pula,mengambil kesempatan itu untuk menemui Wildey dan melihat soalan ujian Matematik bulan mac…mereka juga meminta tunjuk ajar daripada Wildey cara mejawab soalan-soalan yang dikemukakan...keesokan harinya,Sir Pilye masuk ke kelas seperti biasa dan pada hari tersebutdia mengajar seperti biasa…dengan melihat moodnya yang agak baik barulah rasa tenang sikit para pelajar nak menerima pelajaran...
Hubungan Marfazley dan Musfirah nanpaknya bertambah serius…ke mana-mana asyik nak bekepit saja...tapi apa yangboleh membuatkan hubungan mereka ni kekadang boleh bergelora tapi mereka tak adalah sampei begaduh tinggi-tinggikan suara…kerana sikap masing-masing,Musfirah seorang yang kuat berahsia;ada saja yang dia rahsiahkan daripada Marfazley,sehinggakan Marfazley tekadang tu terasa terus merajuk…cara dia merajukpun buat Musfirah sakit hati…apabila Marfazley Merajuk,dia akan duduk diam-diam di tampatnya kalau Musfiah Tanya kenapa satu  perkataan yang dijawab oleh Marfazley,dia akan selalu jawab `tiada’…selepas tu Musfirahpun teikut-ikut sakit hati dan merajuk…satu perkara yang orang tak suka dengan Musfirah adalah dia seorang yang kuat berahsiah dan dia juga seorang yang sukar di jangka bila masa untuk dia bad mood dan happy-happy kalau dia bad mood,buat orang sakit hati,tapi bila dia tengah tertawa dengan sahabat-sahabatnya;Fatimah,NoorAzian sejuk juga hati memandang,tapi ada juga yang buat sakit,kerana tekadang dia seolah-olah tetawa kerana mengejik dengan Fatimah,tekadang juga bila dia tengah tertawa  bersama sahabat-sahabatnya dia tak nak berkongsi dengan rakan-rakan yang lain ,jika ada yang beratanya pada meraka kalau memang tak boleh berkongsi,lain ceritalah …rasanya ada juga yanag patut meraka kongsi kegembiraan mereka pada rakan-rakan yang lain…Marfazley pula suka sangat cemburu,apa yang dia nak cemburukan tak tahu…
Cikgu Ducy salah seorang guru yang rapat dengan para pelajar di kelas tingkatan 5Efektif dia mempunyai caranya yang  tersendiri dalam mengajar pelajar-pelajarnya…dia membuat semua pelajar senang dengannya…dia mengajar dengan penuh bersemangat,para pelajar sering menantikan kedatangannya ke kelas untuk mengajar…
Selepas peperiksaan semester satu,didapati ada peningkatan daripada keputusan ujian  bulan mac…tapi ada juga yang bertambah teruk,ujian bulan mac sekurang-kurangnya dia ada juga lulus 2-3 subjek…tapi bila keputusan peperiksaan di keluarkan satu subjekpun tiada yang lulus…
Dalam kelasTeacher Tee,selepas peperiksaan penggal pertama Samson nampaknya lebih menonjol dari sebelum ini…dia kecil saja tapi bila dia bersuara dia akan menjadi seorang besar...mungkin ada juga orang yang kagum dengan kebolehannya  dan perubahannya dari segi pelajarannya…kini dia lebih mahir dalam menjawab soalan-soalan sainsteutama sekali ketika Teacher Tee masuk ke bab mengenai enjin,Teacher Tee tanya dialah orang menjawab soalan yang Teacher Tee tanya…
Kadang-kadang orang boleh tergelak terbahak-bahak dengan pelajar bernama Perimus hanya dengan air mukanya dan kelakuannya yang spontan,dia mampu buat sekelas tertawa…dia ni boleh di katakan `badut Efektif’…dia tak perlu buat lawakpun,dia Cuma jadi diri dia sendiri dan dengan spontan orang akan tertawa dengan apa saja yang yang dia lakukan,mahupun ungkapkan…Perimus  mempunyai seorang kawan yang boleh dikatakan kawan rapatlah juga bernama Nelson,kalau orang yang baru mengenalinya memang orang tu akan cakapdia budak selekeh,dan tak berdisiplin,tapi Nampak saja macam tu tapi dia sebenarnya mempunya hati yang baik... selain itu,dalam kelas tingkatan 5Efektif ada seorang pelajaran yang bernama Melleylony…dia seorang pelajar yang sentiasa berketerampilan  serba diva,kata orang…tapi walaupun dia begitu,dia sebenar salah seorang pelajar yang boleh kaut beberapa  mata pelajaran…meraka ialah Intan dan Jumriati…persahabatan mereka betul betul berlandaskan sahabat susah senang harus sering tolong menolong...dalam kelas ada juga pelajar kurang sdap mata memandang…dengan gaya dan penampilan selain Zulkifli namanya mohd Azmi tapi orang memanggilnya si penampilan kerana sentiasa mementingkan penampilannya terutama pada rambutnya,dia tak sedar mungkin bagi dia, dia akan Nampak kacak jika dia tampil dangan imej yang melanggar  peraturan disiplin sekolah tapi sebenarnya itu lwebih akan menampakkannya selekeh dan tak sedap mata memandang…
Biasalah cikgu Asnidah kalau masuk kelas dapat di lihat dia sangat berbeza bila berada di luar kelas…apabila dia di kelas,dia seperti seorang kakak begi pelajar-pelajarny dan ketika dia berada di luar kelas,dia betul-betul seorang guru…cikgu tahriam seorang guru yang sentiasa bersemangat dia juga senag rapat dengan para pelajarnya…ustaza Noorafidah seorang guru agama yang sangat bersifat keibuan,tapi tekadang saja kalau ada pelajar yang membuatnya naik angin,dia akan betul-betul marah  dengan pelajar tersebut,manakala pelajar yang lain pula hanya diperingatan agar tidak melakukan kesilapan yang pdi lakukan oleh pelajar membuat Ustaza NoorAfidah naik angin…


SEKIAN…TERIMA KASIH DI ATAS KESUDIAN ANDA MEMBACA ALKISAH KAMI SEGALA KESILAPAN,HARAP DI MAAFKAN…





TAMATLAH SUDAH ALKISAH DI KELAS EFEKTIF…HARAP PEMBACA MENYUKAINYA…
SALAM PENGHARGAAN DARI KAMI PELAJAR-PELAJAR 5EFEKTIF…



5EFEKTIF…
BERKESAN
BERSAUDARA
BERILMU…